Monday, 24 March 2014

TERAPI ALTERNATIF - FLOORTIME

KONSEP
Floortime bertujuan untuk membawa kanak-kanak autisme melalui 6 tahap penting yang menekankan perkembangan emosional. 6 tahap tersebut ialah:

i. Pengawalan kendiri menimbulkan minat terhadap dunia skeliling
ii. Hubungan orang dewasa dengan kanak-kanak lebih rapat keinginan berinteraksi dengan orang lain.
iii. Meningkatkn kemahiran komunikasi 2 hala kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya membawa reaksi kepada orang lain.
iv. Mempertingkatkan pengendalian komunikasi kompleks
v. Idea emosional : iaitu kebolehan melahirkan perasaan
vi. Pemikiran emosional : iaitu kebolehan berfikir tanpa beremosi


PENGENALAN
• Teknik spesifik yang mengikut minat emosional semulajadi kanak-kanak.
• Pada masa yang sama mencabar kanak-kanak kepada tahap sosial, emosional dan intelektual yang lebih baik.
• Interaksi yang menarik mungkin berlaku di ‘lantai’, tetapi boleh diselitkan dengan perbualan dan juga interaksi.
• Diperkenalkan oleh Dr. Stanley Greenspan.
• Sesuai untuk kanak-kanak autisme.
• Berdasarkan kepercayaan bahawa kanak-kanak autisme boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa.
• Dipanggil floortime kerana orang yang lebih dewasa/pakar akan turun ke ‘ ‘lantai’ dan berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah ini.


LANGKAH–LANGKAH DI DALAM TERAPI FLOORTIME

Pemerhatian
1. Perhatikan dan fikirkan cara untuk mendekati kanak-kanak
2. Pemerhatian: Riak muka, nada suara, bahasa badan dan perkataan

Mendekati (memulakan komunikasi)
1. Gunakan bahasa tubuh badan dan perkataan yang sesuai apabila
2. Kembangkan dan bina minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara

Mengikuti kehendak kanak-kanak
1. Menyokong dan membantu kanak-kanak
2. Membenarkan mereka memilih permainan
3. Akan meningkatkan keyakinan diri dan menjadi tegas

Meneruskan dan mengembangkan permainan
1. Membantu kanak-kanak meluahkan pendapat dan menentukan permainan
2. Bertanyakan soalan yang dapat menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif

Kanak-kanak menamatkan komunikasi
Kanak-kanak menamatkan perbualan apabila mereka membalas dan menunjukkan bahasa tubuh mereka


KEPENTINGAN DAN CONTOH AKTIVITI
• Hilangkan Ketakutan dan Kebodohan
• Kanak-kanak autistik tidak semestinya mahu melakukan semua perkara.
• Turuti kemahuan mereka dan kita menjadi pengikut
• Menangkap Ombak
• Bagi kanak-kanak kurang respons, bawa;ah beliau ke pantai dan berdiri di hadapan pukulan ombak kecil.
• Minta mereka mengejar dan melarikan diri daripada ombak di gigi air
• Percikan
• Bermain percikan air dalam kolam
• Memercikkan air, menendang air, membaling bola, dan menggunakan pelbagai peralatan permainan lagi.
• Menjelajah Kotak Pasir
• Menyembunyikan pelbagai objek dalam kotak pasir.
• Meminta kanak-kanak mencari sama ada tanpa alatan atau dengan alatan tangan.
• Melihat Gajah
• Bawa kanak-kanak ke zoo, akuarium, muzium bersejarah dan lain-lain tempat menarik.
• Minta mereka melakukan apa yang telah mereka perhatikan.

TERAPI ALTERNATIF - TERAPI OZON

KONSEP DAN DEFINISI TERAPI OZON
Istilah yang menggambarkan beberapa amalan yang berbeza di mana oksigen, ozon atau hydrogen peroksida ditakbir melalui cecair atau gas untuk membunuh mikroorganisma yang jahat, meningkatkan fungsi sel, dan menggalakkan penyembuhan tisu yang rosak. Rasional di sebalik terapi ozon ini ialah seperti yang mereka sering dikenali, tanggapan bahawa selagi keperluan antioksidan bagi badan dipenuhi, penggunaan bahan oksidatif tertentu akan merangsang pergerakan atom oksigen daripada saluran darah ke sel badan. Ozon sendiri terdiri daripada oksigen, terhasil apabila sinaran ultraungu atau aliran elektrik melalui udara atau oksigen.


SEJARAH AWAL TERAPI OZON
Sejarah terapi ozon bermula di German di mana Werner Von Siemens membina paip sedutan pertama untuk membunuh mikroorganisma pada tahun 1857. Baron Justus Von Liebig pula ahli kimia pertama yang meneroka aplikasi ozon untuk kegunaan manusia. Kemudian para sainstis Rusia mempercepatkan penyelidikan perubatan dan berkongsi pengetahuan dengan Negara-negara Bersatu. Selain itu, pengetahuan tersebut juga dikongsikan bersama dengan seluruh dunia terutama sekali selepas Perang Dunia Kedua.

Di Sepanyol, terapi ozon mempunyai kesan yang bermanfaat di mana gas di dalam badan diperbaiki. Ozon bertindak sebagai anti oksida dan merangsang sel darah putih yang akan meningkatkan pertahanan badan sekaligus sel darah merah akan meningkatkan pembebasan oxygen untuk pengangkutan oxygen ke sel-sel badan yang baik. Manakala doktor-doktor di Jerman akan menggunakan anti oksida sebelum dan selepas sesi terapi ozon. Langkah ini penting bagi memastikan badan kita tidak menghasilkan radikal bahaya yang boleh memulakan proses mutasi.


KEPENTINGAN TERAPI OZON
1. Dari Segi Kesihatan
• Menyahaktif virus, bakteria, kulat fungus dan protozoa
• Merangsang sistem pertahanan badan atau imun
• Memusnahkan radikal bebas
• Mencegah koma dan kejutan
• Menghentikan pendarahan
• Menghalang dan merawat penyakit berjangkit
• Menghalang penyakit degenerative
• Memperbaiki fungsi otak dan ingatan
• Meleraikan gumpalan sel darah merah, memperbaiki pengangkutan oksigen, dan aliran darah
• Menstabilkan penghasilan hormon dan enzim
• Memecahkan lemak iaitu kolestrol dan trigliserid membersihkan arteri & vena
• Mengurangkan radang atau inflamasi
• Menyingkirkan toksin


2. DARI SEGI MAKANAN
• Menyahtoksik buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, ikan, daging
• Menghapuskan racun serangga, bahan kimia pada makanan
• Menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran ranggup
• Mengeluarkan antibioti pada bahan makanan
• Mengekalkan kesegaran makanan


3. DARI SEGI KEBERSIHAN
• Mensteril peralatan dapur dan botol susu bayi
• Membantu mengatasi masalah kelemumur, jeragat, jerawat dan bintik hitam


MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI OZON DI MALAYSIA
a. Kos Mahal
• Memerlukan kos yang mahal untuk setiap sesi
• Mesin tabung yang mengandungi gas ozon yang terkawal pengambilannya

b. Kesan Sampingan
• Umumnya pesakit akan mengalami beberapa gejala sampingan (side effect) akibat dari menjalani terapi ozon
• Sakit dada
• Sesak nafas
• Pening

Pesakit terapi ozon ini seharusnya mengambil antioksidan selama menjalani terapi. Fungsi antioksidan sangat penting kerana khuatir doktor memberikan dos ozon yang berlebihan, sehingga memberikan radikal dalam tubuh yang menyebabkan gangguan pada sel tubuh. Antioxidant akan membuat proses terapi ozon ini tetap terkawal (keep the process in check). Tubuh manusia yang sihat memiliki kadar antioksidan yang cukup, sehingga aktiviti radikal bebas dapat disekat.Namun apabila menjalani terapi ozon, ianya memberikan radikal baru dari luar.

TERAPI ALTERNATIF - TERAPI AROMA

DEFINISI TERAPI AROMA
Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan. Terapi aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptom-simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental


KONSEP TERAPI AROMA
• Cara rawatan penyakit menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-bungaan.
• Penggunaan minyak wangi atau bau-bauan semasa rawatan
• Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.
• Menggunakan aroma( bau) untuk merangsang bahagian-bahagian otak.
• Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung.
• Rangsangan bau mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan


SEJARAH TERAPI AROMA
Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.

Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.


JENIS-JENIS TERAPI AROMA
1. Aroma Terapi Klinik
• Menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya.
• Dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi

2. Aroma Terapi Holistik
• Penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga

3. Aroma Terapi Estetik (kecantikan)
• Didigunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
• Biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih
• Contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit


KEGUNAAN TERAPI AROMA
1. Kanak-kanak
 Menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif
 Kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

2. Autisme
 Membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri.
 Membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira
 Kehidupan Seharian
 Membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
 Untuk melegakan sistem pencernaan
 Untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
 Menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah:
• Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
• Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
• Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
• Lembam / Slow Learner
• Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
• Sindrom Down / Down Syndrome
• Serebral palsi / Cerebral Palsy


JENIS BAU-BAUAN YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI AROMA
1. Lavender
 Berfungsi untuk menghilangkan stress
 Mengawal emosi yang tidak stabil

2. Jasmin
 Dapat menghilangkan stress

3. Ros
 Dapat menenangkan emosi

4. Blossom
 Dapat meningkatkan tumpuan
 Dapat mengurangkan sakit kepala


KEPENTINGAN TERAPI AROMA
• Meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan
• Merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana yang tenang
• Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
• Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru atau ibu bapa
• Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
• Meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD
• Mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
• Menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum


PENUTUP
Kesimpulannya, terapi aroma ini banyak memberi manfaat dan kebaikan terutamanya kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam memperbaiki kualiti hidup dari segi mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan murid-murid dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah ataupun dalam aktiviti seharian mereka di rumah.

TERAPI ALTERNATIF - TERAPI HAIWAN

KONSEP DAN DEFINISI
Terapi haiwan atau dinamakan pet therapy atau animal assisted therapy (AAT) ini sudah menjadi satu fenomena baru di Barat setelah para saintis yang melakukan kajian mendapati murid berkeperluan khas yang memiliki haiwan peliharaan lebih terurus ketika berhadapan dengan tekanan perasaan berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Terapi haiwan membawa maksud rawatan pemulihan untuk memulih atau meningkatkan tahap sesuatu perkara kanak-kanak berkeperluan khas dengan menggunakan haiwan sebagai medium. Terapi haiwan mampu meningkatkan keyakinan diri, keseimbangan badan, membantu kanak-kanak agar lebih focus mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

Terapi haiwan contohnya terapi berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme, sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

Antara jenis-jenis terapi haiwan yang boleh dilakukan ialah:
1. Terapi kuda
2. Terapi anjing
3. Terapi kucing
4. Terapi ikan lumba-lumba

Murid-murid berkeperluan khas yang memerlukan terapi haiwan antaranya ialah:
• Spina Bifida
• Cerebral Palsy
• Muscular Dystrophy
• Multiple Sclerosis
• Amputees
• Visual and hearing impairments
• Intellectual disabilities
• Down Syndrome
• Autism
• Stroke
• Paralyzed


KEPENTINGAN TERAPI HAIWAN

Secara Umum:
1. Mengurangkan tekanan darah (Katcher, 1981; Messent, 1983; Serpell, 1990; Anderson, Reid, & Jennings, 1992)

2. Membantu dalam merawat penyakit arteri koronari (Friedmann, Katcher, Lynch & Thomas, 1980; Jennings, Reid, Christy, Anderson, Dart, 1998)

3. Dapat meningkatkan pergaulan sosial, rasa tanggungjawab, tahap kepekaan mental dan tumpuan terhadap alam sekitar (Proulx, 1998; Bernstein, Friedmann & Malaspina, 1995)

4. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi,

5. Membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi

6. Menjaga keperluan haiwan dipercayai boleh mewujudkan rasa tanggungjawab, kelakuan yang aktif dan pergaulan sosial yang sesuai (Mallon, 1994; Karcher & Wilkens, 1994; Melson, 1989; Netting, 1897)

7. Haiwan seperti anjing memberi kelebihan terhadap fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak (Mallon, 1994)

8. Terapi menunggang kuda memperbaiki postur badan dan memberi keseimbangan dalam badan pesakit yang mengalami masalah pergerakan (Weber Pfotenhauer Davi Layerer Rimpau Conversation, 1995)

Secara khusus:
HAIWAN YANG BERBULU
1. Boleh mengubah tingkah laku, mewujudkan rasa tanggungjawab dan juga meningkatkan keupayaan kanak-kanak dari segi motor halus dan motor kasar. Kanak-kanak yang kehilangan fungsi sebelah lengan boleh menyikat bulu anjing atau kucing tersebut. Bagi yang lebih mudah, kanak-kanak boleh bermula dengan memberi makan haiwan tersebut sahaja. Selain itu, boleh juga ditambahkan beban pada lengan kanak-kanak terbabit atau menggunakan sikat yang disesuaikan dengan pemegang khas untuk membantu kanak-kanak memegang sikat tersebut. Kanak-kanak akan teruja untuk menyikat bulu haiwan kerana tahapnya semakin mencabar.

2. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit). Memelihara kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

4. Mencegah Alergi Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk memelihara kucing . Memelihara kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian, bayi yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan daripada berkembang.

5. Membantu mencegah asma pada anak Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

6. Mengurangkan Tekanan Darah Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

7. Menurunkan Kolestrol Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

8. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke Risiko untuk mengalami strok adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

9. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

10. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool” Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

11. Dapat membantu pesakit-pesakit Autisme Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autisme.

12. Mengurangkan Kesepian Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.


TERAPI BERKUDA
1. Meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki termasuk fizikal dan mental
Menunggang kuda memerlukan pergerakan dan dorongan seluruh tubuh badan untuk keseimbangan semasa bearada di atas kuda.

2. Meningkatkan keyakinan diri. Kanak-kanak bekeperluan khas mempunyai perasaan rendah diri. jika mereka melaksanakan terapi berkuda, mereka dapat berinteraksi dengan persekitaran dan orang yang berada di sekeliling mereka.

3. Terhindar daripada masalah sakit belakang Menunggang kuda dapat membantu membetulkan bentuk postur tubuh badan jika dilakukan dengan cara yang betul.

4. Membantu mencerahkan penglihatan mata Semasa kuda bergerak iaitu ‘gallop’, ianya memberi rangsangan terhadap saraf kranium (tengkorak).

5. Menguatkan otot Terapi berkuda sesuai kerana murid pendidikan khas dapat menggerakkan otot bagi memastikan kestabilan tubuh mereka semasa menunggang. Otot-otot tubuh yang telah berkerja keras ini akhirnya memberikan kesan langsung kepada bentuk tubuh penunggang seperti berada dalam keadaan tegak dan lurus. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan

6. Membantu individu yang mengalami masalah mental dan emosi, membina konsentrasi s Menunggang kuda perlu fokus dan mempunyai disiplin yang tinggi di mana kanak-kanak mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda

7. Pendedahan kepada persekitaran masyarakat sekitar Kanak-kanak akan mendapat pendedahan untuk berinteraksi kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda

8. Membentuk sikap tanggungjawab dan menghormati orang lain Semasa kanak-kanak menunggang kuda, mereka perlu membelai kuda supaya kuda tersebut tidak berasa terancam dan dari situ kita dapat lihat bahawa kanak-kanak cuba untuk berkomunikasi dengan orang lain sekaligus membina hubungan serta menghormati keperluan orang lain.


PERALATAN TERAPI HAIWAN
Semasa mejalani terapi haiwan, antara perkara penting dan perlu diambil kira ialah peralatan yang digunakan semasa proses terapi itu dijalankan. Terdapat pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalani terapi haiwan seperti kuda, anjing dan kucing. Hal ini bertujuan untuk keselesaan seseorang dan yang paling penting ialah sebagai langkah keselamatan semasa menjalani terapi tersebut. antara peralatan asas yang digunakan semasa terapi haiwan adalah seperti berikut :-

Peralatan untuk Terapi Kuda.
Pelana dan pad pelana

• Pelana dan pad pelana bertujuan untuk:
 Menyerap kelembapan
 Memberi perlindungan kepada kuda daripada kecederaan atau belakang yang sensitif.
 Keselesaan kepada penunggang

• Tali pengekang dan bit
 Tali pengekang dan bit akan disertakan dan pasang bersama di sekeliling bahagian kepala dan mulut kuda. Tali pengekang dan bit digunakan untuk mengawal pergerakan kuda semasa menunggang.

• But
 Kasut but juga adalah merupakan antara alatan yang perlu digunakan semasa menunggang kuda. Pemakaian but ini adalah untuk melindungi buku lali dan kaki daripada sebarang kecederaan di samping memberi keselesaan semasa menunggang.

• Topi dan helmet
 Topi keledar untuk menunggang kuda adalah alatan yang paling penting semasa aktiviti menunggang kuda. Ianya sangat penting sebagai langkah keselamatan sekiranya penunggang terjatuh daripada kuda dan topi ini berfungsi sebagai alat pelindung kepala dan mengelakkan daripada berlakunya kecederaan di bahagian kepala


PERALATAN TERAPI ANJING & TERAPI KUCING
Selain kuda, haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing juga boleh dijadikan sebagai terapi haiwan. Melalui peralatan yang digunakan oleh seseorang untuk bermain dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan ini, ia mampu menimbulkan keseronokan dalam diri seseorang terutamanya kepada individu berkeperluan khas. Secara tidak langsung, interaksi yang dibina dengan haiwan melalui peralatan yang digunakan juga mampu meningkatkan kemahiran motor seseorang sama ada dari aspek motor halus dan motor kasarnya


PERLAKSANAAN TERAPI HAIWAN
Pastikan Kesediaan Haiwan

a) Kuda dengan sifat yang cenderung agresif akan bereaksi gelisah ketika orang yang akan menungganginya gelisah. Harvest (1997), menyatakan bahawa kuda dapat merasakan apa yang dirasakan oleh manusia, kerana kuda memiliki deria ke enam (sixth sense) yang baik. Kuda dapat mendengar pemikiran atau merasakan getaran perasaan yang tidak dapat dirasakan manusia, selain itu kuda juga dapat mencium bau keringat orang yang sedang merasa ketakutan.

b) Memastikan haiwan tersebut mempunyai potensi dalam menjadi haiwan terapi, Contohnya, membawa anjing terapi ketempat yang terdapat ramai orang, seperti di taman, dan lihat bagaimana ia bertindak balas dan berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Pastikan dia bertindak balas kepada arahan anda walaupun dalam persekitaran sibuk.

c) Oleh itu, mengikut pakar dalam terapi haiwan Delta Society’s mengenai mengaplikasikan terapi haiwan dalam panduan murid adalah

d) Terapi haiwan ini boleh memberi risiko terhadap haiwan apabila rawatan ini memberikan prioriti utama kepada kanak-kanak berbanding keperluan haiwan tersebut. Oleh itu, pengendalian doktor yang berpengalaman, pengendali terapi, pemilik haiwan dan orang yang berkaitan perlu diambil perhatian :.

e) Pastikan haiwan ini tidak pernah digunakan dalam pengendalian terapi haiwan sebelum ini. Ini bagi mengelakkan kesukaran haiwan ini menyesuaikan diri kerana mempunyai satu ikatan kekal terhadap pemiliknya sebelum ini.

f) Keperluan haiwan perlu dititikberatkan dan seimbang dengan keperluan klien.

g) Patuhi undang-undang tempatan mahupun antarabangsa berhubung dengan kebajikan haiwan pada setiap masa. Pastikan permit, lessen mahupun pendaftaran diperolehi terlebih dahulu.

h) Pusat jagaan, rumah dan pihak mana-mana yang terlibat dalam terapi ini mestilah berperikemanusian dan tidak melanggar peraturan . Ini kerana haiwan perlulah dijaga dengan sifat saling hormat-menghormati (Gammonley et al., 2003, p. 22).


KESEDIAAN PENGENDALI TERAPI
i. Pengendali perlu menjalani latihan dalam melaksanakan terapi haiwan secara berkesan. Ini amat penting kerana melalui latihan kita mengetahui dan dapat mengagak implikasi yang akan berlaku sekiranya sesuatu tindakan dijalankan.
ii. Sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan klien bagaimana kita hendak memastikan klien dapat menjaga haiwan dengan selamat dan apabila menghadapi situasi yang mencabar.
iii. Ini akan membahayakan keselamatan klien serta haiwan tersebut. Namun, di Negara Malaysia pendedahan mengenai terapi haiwan amat kurang dan kita boleh membuat rujukan melalui organisasi luar negara yang lebih aktif dalam bidang ini,


MENYEDIAKAN BORANG PENILAIAN
a. Penyediaan borang penilaian ini amat penting bagi menyediakan bukti kukuh rawatan. Penilaian perlu dijalankan secara konsisten dengan mencatatkan segala maklumat penting sepanjang rawatan dijalankan.
b. Menentukan haiwan terapi ini berkeadaan baik. Sediakan senarai semak soalan-soalan asas baik. Antaranya adalah seperti adakah haiwan terapi ini merasa gembira ketika sesi terapi dijalankan,


PEMERIKSAAN KESIHATAN

i. Dapatkan pemeriksaan veterinar\ bagi haiwan terapi tersebut. Kebanyakan kemudahan dan pendaftaran kebangsaan memerlukan laporan bertulis kesihatan haiwan tersebut.Haiwan terapi tersebut memerlukan suntikan vaksin yang terbaru dan berkeadaan sihat, maka ia tidak memberikan risiko terhadap kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang rendah.

ii. Pastikan klien atau kanak-kanak khas tersebut tidak menghidapi sebarang alergik terhadap haiwan terutamanya haiwan berbulu seperti kucing, anjing dan sebagainya. Membuat semakan rekod kesihatan dan latar belakang kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami fobia atau trauma terhadap sesetengah haiwan

iii. Menentukan jika anjing ini perlukan latihan khas sebelum sesi terapi dijalankan. Sesetengah anjing secara automatik mempunyai kelakuan, sosial yang baik.


PELAKSANAAN TERAPI KUDA
i. Memperkenalkan Kuda Kepada Kanak-Kanak
• Mengajar mereka cara mendekati kuda
• Tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda
• Mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap

ii. CARA MENAIKI KUDA
• Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat

iii. CARA MENURUNI KUDA
• Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat.

Iv. MENUNGGANG DENGAN BANTUAN
• Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih.

iv. MENUNGGANG SAMBIL MELAKUKAN PERGERAKAN
• Kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.

v. MENUNGGANG SAMBIL MENYANYI
• Adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda.
• Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan

vi. MENUNGGANG MENGGUNAKAN TALI PANJANG. (LONGING)
• Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang
• Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.

vii. MENUNGGANG MENGIKUT ARAHAN
• Kanak-kanak akan diajar bagaimana menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih.
• Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya sendiri.

viii. MENUNGGANG SENDIRI
• Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri.
• Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri.
• Namun demikian, jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telah benar-benar mahir
• Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.


PELAKSANAAN TERAPI ANJING
Terapi anjing melibatkan haiwan anjing sebagai bahan terapi. Terapi ini dapat dijalankan dengan menggunakan anjing terapi yang terlatih ataupun membela anjing menjadi haiwan kesayangan di rumah. Oleh itu, terapi ini dapat dijalanakan secara efisien dengan teknik yang betul. Terapi Anjing lebih efektif kerana sifat anjing yang pintar, sensitif dan lebih mudah bergaul dengan manusia,

Peranan utama bagi anjing terapi adalah membolehkan kanak-kanak yang sedang menjalani terapi dapat membuat hubungan fizikal dengan cara memeluk, sentuhan, memanjat, membuat pusingan dikeliling kanak-kanak ataupun berbaring selesa. Ini dapat mempengaruhi kanak-kanak dalam komunikasi, kehidupan sosial dan dapat menimbulkan ketenangan bagi kanak-kanak yang menghidapi ADHD serta membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan dan gangguan emosi.

Antara perlaksanaan dalam terapi anjing adalah:
i. Sekiranya menggunakan anjing terapi, berikan anjing tersebut kiu lisan atau fizikal setiap atau sebelum lawatan terapi supaya dia akan tahu destinasi dan apa yang boleh dijangkakan,
ii. Anjing terapi mendekati kanak-kanak dengan hanya duduk bersebelahan dan bermain dengan kanak-kanak dan menunggu kanak-kanak bertindak balas terhadapnya seperti menepuk-nepuk, bercakap atau membuat reaksi muka
iii. Kanak-kanak yang menjalani terapi ini perlu berinteraksi dengan anjing terapi ini dengan bermain dengannya, memberi makan dan memandikannya.
iv. Bagi melatih kanak-kanak yang bermasalah dalam masalah pertuturan, anjing terapi ini hanya perlu duduk diam dan mendengar kanak-kanak itu berinteraksi atau membacakan sesuatu secara kuat dengannya.
v. Pengendali terapi menyediakan sebuah buku, dan kanak-kanak itu membacakannya secara kuat. Ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam bersosial serta mengurangkan tekanan darah dan tekanan emosi.
vi. Selain itu, melalui terapi anjing ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka apabila anjing terapi ini menjadi peneman mereka. Bahkan dapat menimbulkan satu ikatan kasih sayan
vii. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal, anjing terapi akan menjadi tempat kebergantungan seperti mengambilkan permainan membuka pintu yang selalunya diambil alih oleh orang terdekat mereka. Ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dan menghilangkan perasaan malu


PELAKSANAAN TERAPI KUCING
Terapi kucing ini lebih praktikal dengan menggunakan kucing kesayangan sendiri. Melalui terapi ini, kanak-kanak lebih mudah untuk didekati dengan menerapkan perasaan kasih sayang, sifat tanggungjawab dan meluaskan lagi perspektif komunikasi kanak-kanak. Selain itu, ia dapat menaikkan keyakinan diri kanak-kanak untuk bertutur apabila mereka mudah untuk bercerita ketika bersama haiwan dan sekaligus menghilangkan rasa rendah diri atas kekurangan yang dimiliki. Selain itu terapi kucing boleh merendahkan tekanan darah, menghilangkan stress, menimbulkan ketenangan yang hanya akan dialami dengan mempunyai haiwan kesayangan.

Cara melaksanakan terapi kucing:
i. Kucing terapi ini mestilah dalam keadaan bersedia dengan mempunyai personaliti tenang, santai dan mudah bertoleransi di dalam situasi atau suasana yang berbeza. Kucing yang mudah bereaksi secara tiba-tiba adalah kucing terapi yang tidak bersesuaian.
ii. Mestilah mempunyai reaksi dengan tenungan, bunyian yang tiba-tiba. Serta, dapat menerima tarikan, dicucuk ataupun dikasari tidak melampau daripada kanak-kanak
iii. Pada permulaan terapi, kucing terapi mestilah dalam keadaan yang selesa, bersih dan bersedia.
iv. Memperkenalkan kucing terapi
v. Mengajar kanak-kanak memegang kucing dengan betul tanpa mengasarinya
vi. Mengusap lembut diatas kepala, dibawah dagu kucing terapi untuk menenangkan kucing terapi
vii. Memberikan nama kepada kucing tersebut
viii. Boleh meletakkan kucing di atas pangku tanpa takut padanya
ix. Cara menjaga keperluan kucing
x. Mengajar kanak-kanak untuk menguruskan keperluan kucing dibawah pemantauan ibu bapa @ pengendali terapi
xi. Memberikan makan dan minum mengikut jadual
xii. Memandikan seminggu @ 2 minggu sekali
xiii. Membawa kucing bersiar-siar
xiv. Bermain bersama
xv. Mengajar kanak-kanak untuk berkomunikasi
xvi. Kanak-kanak akan menjadikan kucing sebagai teman rapat mereka
xvii. Bercerita, meluahkan emosi dengan kucing lebih memberi ketenangan
xviii. Sifat kucing yang tenang menyebabkan kanak-kanak terikut dan bersesuaian untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD, kecelaruan emosi dan kanak-kanak yang pernah mengalami trauma


MASALAH DAN CABARAN DALAM TERAPI HAIWAN
Terdapat beberapa masalah dan cabaran dalam pelaksanaan terapi haiwan antaranya adalah seperti berikut:

1. Terdapat sebahagian murid yang alergi dengan binatang.
2. Murid yang mempunyai penyakit asma tidak boleh dekat dengan sesetengah haiwan berbulu yang digunakan dalam terapi
3. Perlaksanaan terhad dan perlu mengikut masa tertentu.
4. Murid-murid perlu di bawa ke pusat terapi kerana tidak dapat dijalankan di sekolah.
5. Sesetengah terapi memerlukan jurulatih dan tidak boleh dilakukan dengan sendiri
6. Sesetengah haiwan sukar dikawal untuk tujuan terapi.
7. Kos penjagaan haiwan yang tinggi


PENUTUP
Terapi-terapi di dalam pendidkan khas khususnya terapi haiwan diharapkan dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dapat Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin. Dan memberikan pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain

Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat. Perubahan yang besar dapat dilihat kepada murid-murid yang mengalami beberapa masalah dan penyakit utama seperti lumpuh cerebral, kecacatan mental, autistik, gangguan emosi, strok dan mangsa kemalangan. Hal ini secara tidak langsung dapat menguatkan kekuatan otot, keseimbangan dan koordinasi ia meningkatkan mobiliti sendi dan kemahiran perceptual. Hippotherapy juga mencabar para pelajar dengan satu cabaran yang belum pernah mereka hadapi sebelum ini.

TERAPI CARA KERJA

KONSEP DAN DEFINISI
Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.


OBJEKTIF TERAPI CARA KERJA 
Membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik
Memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian


KEPENTINGAN TERAPI CARA KERJA
Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang
        mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.


AKTIVITI TERAPI CARA KERJA 
Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah :
Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
Latihan pravokasional
Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

TERAPI ALTERNATIF- TERAPI HERBA

KONSEP & DEFINISI
Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan. Terapi Herbal atau sering disebut Herbalisme adalah penggunaan tanaman ubat untuk kemampuan terpeutik atas kemampuan untuk menyembuhkan penyakit seseorang. Maksud Herba adalah tanaman atau bahagian tanaman yang memiliki nilai kerana memiliki khasiat dalam perubatan, aromatik atau rasanya, dan orang yang mengamalkan terapi herba dalam merawat pesakitnya disebut Herbalis.

Terapi herbal adalah kaedah perubatan yang paling tua sepanjang sejarah kehidupan manusia. Setiap tempat kebudayaan memiliki pengetahuan tentang herba masing-masing. Berdasarkan pengalaman turun-temurun dan cara mereka memerhati haiwan yang memanfaatkan tanaman tersebut dengan kaedah cuba jaya (trial and error). Orang zaman dahulu menggunakan pelbagai tanaman yang ada di sekitarnya untuk digunakan sebagai ubat. Menjelang era moden kini, kaedah perubatan herba mengalami masa kebangkitannya dengan istilah "Back to Nature" kembali ke alam dan mula diterima sebagai komponen untuk perubatan konvensional. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan 4 million atau sekitar 80% dari penduduk dunia pada masa kini menggunakan kaedah perubatan herba untuk beberapa aspek kesihatan dan kehidupan mereka.

Sekitar 25% dari ubat-ubatan yang dihasilkan di Amerika Syarikat masa kini mengandungi satu bahan aktif yang berasal dari tanaman. Menurut WHO pula, terdapat 119 jenis ubat-ubatan di farmasi yang berasal dari tanaman. Perusahaan-perusahaan farmasi terkemuka dunia kini sedang giat melakukan kajian intensif mengenai bahan tanaman yang dikumpulkan dari hutan hijau (rainforest) untuk diteliti potensinya dalam perubatan.


JENIS-JENIS HERBA
• Serai
• Daun Pandan
• Bunga lawing
• Kayu manis
• Serai
• Ulam-ulaman dan sebagainya


CARA PENGGUNAAN
• Digunakan secara fizikal seperti dicampur dalam air mandian
• Digunakan secara dalaman iaitu dicampu dalam air rebusan atau makanan


MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI HERBA
Terapi herba telah menjadi pilihan kerana orang ramai percaya bahawa sumber semulajadi tidak mempunyai kesan sampingan ataupun mengandungi kandungan dadah yang memudaratkan kesihatan. Namun begitu, masih ada kesan sampingan melalui penggunaan herba ini dalam perubatan walaupun peratusnya lebih sedikit berbanding perubatan moden.

Masalah yang berkemungkinan terjadi melalui penggunaan terapi ini :
• Sebab mengapa masalah ini berlaku : produk herba tidak memiliki pelabelan yang sempurna (kebanyakkannya), menyebabkan wujudnya beberapa bahan yang memudaratkan dan tidak diketahui kewujudannya.
• Hal ini boleh menyebabkan alahan atau tindak balas kimia dengan ubat-ubatan moden dan jika digunakan pada dos yang tinggi boleh menyebabkan toksik.

Apa yang pesakit perlu lakukan sebelum menerima terapi ini:
• Berjumpa dengan doctor, ahli terapi atau ahli farmasi yang berkenaan.
• Membuat pembacaan tentang herba yang ingin digunakan.
• Elakkan menggunakan sebarang herba yang tidak diketahui keberkesanannya kepada manusia.
• Contoh kesan sampingan mengikut herba yang biasa kita gunakan :
• Bawang putih, ginkgo, halia merupakan antara herba yang boleh meningkatkan risiko pendarahan.

Evening primrose boleh meningkatkan risiko sawan kepada pesakit sawan dan pendarahan dalaman bagi pesakit yang mengalami gangguan pendarahan atau mengambil ubat penapisan darah seperti wafarin. Terdapat sebahagian makanan tambahan herba yang diimport dari Asia, mungkin mengandungi paras logam berat yang tinggi termasuk plumbum, raksa & cadmium. Kesan sampingan pada kanak-kanak adalah seperti muntah-muntah, cirit birit, ruam, alahan dan asma. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat simptom-simptom di atas? Hentikan penggunaan herba tersebut serta merta dan berjumpa dengan pakar.

TERAPI SENI VISUAL

KONSEP TERAPI SENI
Bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan  emosi dan tekanan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.


SEJARAH TERAPI SENI
Wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya adalah sejak kurun kemunculan manusia dari zaman dahulu kala zaman pra-sejarah dengan imej haiwan di gua-gua, simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat Mesir serta lukisan-lukisan erotik yang wujud pada zaman roman dan corak-corak dekor yang diguna pakai pada baju-baju besi pahlawan Gladiator sebagai perlindungan


KEPENTINGAN TERAPI SENI
  • Menyelesaikan konflik emosi 
  • Meningkatkan kesedaran  dan semangat kendiri
  • Membina kesedaran sosial
  • Mengubah tingkah laku 
  • Membina strategi penyelesaian masalah 
  • Meningkatkan kemahiran penguasaan hidu


KEPENTINGAN TERAPI SENI KEPADA MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN
  • Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
  • Meluahkan perasaan
  • Menguatkan daya imaginasi 
  • Menguatkan motor kasar dan motor halus


CARA PELAKSANAAN TERAPI SENI
Kegiatan dalam Bidang Mengambar

1. LUKISAN
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah  terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.

2. CATAN 
Catan adalah  hasil seni bahantara  pigmen warna  di atas permukaan  rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus  atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan  gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).

3. KOLAJ 
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

4. MONTAJ 
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana,  alam sekitar dan lain-lain.
Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek)  boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photographydigunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.

5. CETAKAN
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

6. GOSOKAN 
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh  menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
Pelbagai teknik  gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali  atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai  warna atau monokrom  iaitu  menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas.

7. RESIS 
Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau diwarnakan. Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.

8. GURISAN 
Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar gambar di atasnya.

9. PERCIKAN 
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan  adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Menurut  Kamus  Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.

10. MOZEK
Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan  dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk  menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan  tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.

11. STENSILAN 
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

TERAPI PASIR

KONSEP DAN DEFINISI TERAPI PASIR
Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang.
Terapi pasir tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membeban kanak-kanak itu.
Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan.
Terapi pasir juga memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu serta membina konsep diri yang positif secara semulajadi.
Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung.
Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
Terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir tadi.
Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya.
Kanak-kanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir.
Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir.
Terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.


KEPENTINGAN TERAPI PASIR:
Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.
Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran murid
Mengurangkan tekanan emosi
Membantu meningkatkan kemahiran social
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.


BAHAN/ ALATAN BAGI MENJALANKAN  TERAPI PASIR
Pasir yang bersih
Air (digaulkan dengan garam)
Garam
4 sudu garam halus
Besen besar
Mangkuk plastik ( untuk isi garam)
Apron / t – shirt lama


PELAKSANAAN TERAPI PASIR
Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan:

Fasa sebelum sesi
o Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang sesuai  dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan persediaan kanak-kanak.
o Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.
o Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai  yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas
o Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan.
o Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai.
o Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina.
o Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.

Fasa semasa:
o Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan.
o Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang menyusun objek di dalam bekas pasir.
o Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu.
o Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.
o Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat.
o Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; “persahabatan”.  Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: “Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini?” atau : “Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?”.

Selepas Terapi:
o Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak.
o Penilaian  hasil bekas pasir  adalah bergantung kepada pakar terapi.
o Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan.
o Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan.
o Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.


MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PASIR

Penggunaan Pasir
o Pasir yang digunakan tidak boleh menggunakan pasir yang telah dipakai.
o Hal ini kerana pakai yang telah dipakai kotor dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria kepada kanak-kanak.

Memerlukan Kaunselor
o Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi kanak-kanak.

Keselamatan Semasa Menggunakan Pasir
o Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar daripada benda-benda tajam.
o Dikhuatiri juga pasir yang digunakan daripada pasir yang kotor yang mempunyai sisa makanan, sampah sarap dan juga najis binatang.


CADANGAN PELAKSANAAN TERAPI PASIR
Pasir yang diguna diletakkan  di dalam bekas  kayu yang telah dibina seperti segi empat.
Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir mestilah bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar pada waktu tersebut dan tidak membahayakan murid-murid.
Pasir yang digunakan mestilah halus dan tidak mencederakan murid-murid.
Sekiranya murid-murid membuat lukisan atau binaan di atas pasir, guru perlu menyoal murid-murid tentang lukisan atau binaan tersebut supaya murid-murid dapat meluahkan perasaan, berkomunikasi serta menyampaikan idea dan pandangan mereka.

TERAPI PERTUTURAN

DEFINISI
• Pertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulasi).
• Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.
• Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.


TERAPI PERTUTURAN
• Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya murid gagap, sengau, sumbing dan sebagainya.

• Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.

• Bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu.

• Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.

• Contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.


KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN
• Melatih murid menguasai kemahiran tertentu bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.

• Membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna.

• Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang lain. Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan meningkat daripada pengalaman bergaul dengan orang lain.

• Meningkatkan tahap keupayaan murid. Hal ini bermaksud, tahap keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih meningkat. Sebagai contoh, apabila murid yang mengalami masalah pertuturan dapat bertutur, hal ini akan memberi kesan positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan murid dalam bidang lain seperti pelajaran.

• Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi. Hal ini bermaksud, terapi dapat merangsang alat-alat pertuturan murid dan meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan. Sebagai contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara langsung alat-alat pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas antara satu sama lain. Apabila murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul, hal ini akan membantu murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik.

• Membantu murid menyampaikan maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul. Sebagai contoh, apabila murid-murid bermasalah pertuturan sudah mula pandai bertutur, mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan orang yang bersesuaian.

• Membantu meningkatkan kemahiran sosial. Murid-murid akan tahu kemahiran sosial dengan lebih baik. Sebagai contoh, mereka akan tahu cara untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai. Hal ini juga bermaksud, mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul dengan orang lain.

• Memperbaiki kualiti hidup, keyakinan diri dan dapat bergaulan dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, apabila mereka dapat bertutur dengan lebih baik, peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan wujud dan keyakinan mereka


ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI PERTUTURAN
Alat terapi pertuturan diberikan kepada individu yang mengalami masalah ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti berikut:

Kecelaruan perkembangan Bahasa
Kecelaruan bahasa perolehan
Kecelaruan bunyi pertuturan
Masalah pendengaran
Kecelaruan suara
Kecelaruan resonan/ sengau
Kecelaruan kelancaran pertuturan
Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia)
Kecelaruan deglutasi (feeding)

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:
Wisel
Bola ping pong
Straw
Peniup hari jadi
Lilin
Kertas

Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:

- Meniup belon dan wisel serta peniup hari jadi
- Meniup lilin yang dinyalakan api
- Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air
- Meniup straw di dalam cawan yang berisi air
- Meniup kertas di dalam air.
- Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
- Menyedut air menggunakan straw.


KAEDAH DAN BAHAN PERLAKSANAAN TERAPI
• Penilaian awal bahasa dan pertuturan.
Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan bahasa.

• Set kemahiran mendengar dan bertutur.
Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan bertutur.

• Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).
Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.

• Kad imbas berlamina.
Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.

• CD clipart.
Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan.

• Kad imbas kaedah S.I.
Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.

• Sticker pelbagai warna dan karektor.
Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.

• Aktiviti kraf.
Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik, mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.

• Hand puppet.
Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak untuk bertutur.

• Finger puppet.
Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan.

• Perisian Dr Speech.
Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.

• Perisian nasal view.
Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan.

• Five.
Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.

• Echo Microphone.
Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.


CARA PELAKSANAAN TERAPI PERTUTURAN
• Melakukan Latihan Senaman Muka

1. Lidah
a. Gerakkan lidah ke atas
b. Gerakkan lidah ke bawah
c. Gerakkan lidah ke kanan
d. Gerakkan lidah ke kiri

2. Mulut
a. Buka mulut seluas mungkin
b. Tutup mulut
c. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
d. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.

3. Muka
a. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4. Kunyah

5. Kawalan pernafasan
Cara pernafasan menggunakan perut
Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
Latihan hembus kertas
Hembus bola kertas ke arah gol
Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
Tiup buih-buih
Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
Tiup wisel mengikut rentak
Tiup belon mengikut tahap kesukaran

6.Kawalan suara
Letak tangan di hadapan mulut
Letak belakang tangan di bahagian leher
Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.


CARA PELAKSANAAN PADA TAHAP PRA-PERTUTURAN

Pandang mata
• Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil namanya sebelum memulakan aktiviti.
• Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.
• Vokalisasi
• Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan dengan pertuturan.
• Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.
• Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat menarik minat klien untuk meniru.


KEKANGAN ATAU HALANGAN DALAM MENJALANKAN TERAPI PERTUTURAN
Halangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.

1. Guru
a. Guru pendidikan mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai terapi pertuturan dan tidak biasa melakukan terapi pertuturan semasa masa terapi untuk murid pendidikan khas.
b. Guru malas untuk menjalankan terapi pertuturan sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada pakar terapi.
c. Guru tidak berminat untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan dan menjalankan terapi lain sewaktu masa terapi.

2. Bahan
a. Ketiadaan bahan yang sesuai dengan murid boleh menganggu proses terapi pertuturan.
b. Penggunaan bahan bantu untuk terapi tidak mencukupi dengan bilangan murid atau bahan yang mudah rosak.

3. Peruntukkan masa
a. Peruntukkan masa untuk proses terapi pertuturan yang tidak mencukupi.
b. Terdapat pelbagai murid yang memerlukan peruntukkan masa yang berbeza untuk sesuatu aktiviti terapi pertuturan menyukarkan guru untuk mengendalikan proses terapi pertuturan. (terdapat murid yang berasa bosan menunggu giliran atau menunggu untuk ke tahap seterusnya kerana terdapat murid yang masih memerlukan masa yang lama untuk sesuatu melaksanakan sesuatu aktiviti terapi pertuturan).

4. Sokongan ibu bapa
a. Ibu bapa tidak mahu memberikan kerjasama untuk meneruskan terapi pertuturan dirumah sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk menjalankan terapi pertuturan.
b. Ibu bapa tiada masa untuk melaksanakan terapi pertuturan yang diajarkan oleh guru supaya dijalankan kepada anak-anak mereka semasa berada dirumah.

5. Tingkah laku
a. Terdapat murid yang tidak mahu mengikuti aktiviti dalam terapi pertuturan.
b. Murid mempunyai tingkah laku yang disruptif dan disruktif semasa proses terapi pertuturan.
c. Tidak mahu mengikuti arahan daripada guru atau ahli terapi.


CADANGAN TERAPI PERTUTURAN
• Terapi pertuturan akan memberi kesan dengan cepat apabila keyakinan murid-murid pendidikan khas untuk bertutur itu meningkat.

• Oleh itu sokongan dan galakan daripada semua pihak perlu ada agar murid-murid pendidikan khas merasa dihargai dan tidak dipinggirkan.

• Setiap usaha mereka perlu dihargai dan bukannya dipandang rendah walaupun objektif yang ditetapkan itu gagal dicapai.

• Guru perlu memantau dan merekod tahap kebolehan pertuturan setiap murid. Sekiranya ada murid yang menunjukkan masalah lewat pertuturan,guru perlu mengambil langkah intervensi dengan kadar segera.

• Oleh itu guru perlu memantau perkembangan pertuturan murid. Hal ini penting untuk menjamin keberkesanan terapi pertuturan yang dijalankan dan tindakan susulan yang bakal diambil berdasarkan pencapaian murid.

• Guru juga perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kaedah terapi kerana setiap murid bermasalah pertuturan memerlukan pendekatan yang berbeza.

• Ibu bapa perlu sentiasa bercakap dengan anak istimewa mereka. Semakin kerap perbualan dan pertuturan berlaku,semakin banyak input dan perbendaharaan kata yang didengar dan dikuasai oleh anak mereka.

• Kanak-kanak istimewa ini memerlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang daripada semua orang. Oleh itu, ibu bapa perlu mendengar setiap perkataan yang diluahkan dan jangan memperkecilkan kanak-kanak bermasalah pertuturan ini kerana hal ini akan melemahkan semangatnya.

• Persepsi negatif masyarakat terhadap murid-murid pendidikan khas yang mengalami masalah pertuturan dan komunikasi ialah perkara biasa.

• Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan dan kesedaran akan hak murid-murid pendidikan khas ini untuk belajar bertutur dan bercakap seperti manusia normal.

• Murid-murid masalah pertuturan tidak sepatutnya dipinggirkan dan dilayan seperti orang asing. Mereka perlu dihargai agar mereka lebih yakin dan tidak malu untuk berkomunikasi

• Kempen kesedaran,seminar,taklimat mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah pertuturan perlu diadakan dengan lebih kerap lagi.

• Masyarakat terus berprasangka dan melabel murid-murid bermasalah komunikasi ini dengan pelbagai label negatif.

• Media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan bahan-bahan ilmiah mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh kanak-kanak.

• Blog, laman web dan laman social juga boleh dimanfaatkan sebagai wadah untuk menyampaikan mesej mengenai masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak dan bagaimana kita dapat membantu mereka.


KESIMPULAN TERAPI PERTUTURAN
Guru pendidikan khas perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan, proses pengesanan awal, pengetahuan asas terapi pertuturan agar langkah-langkah yang perlu diambil bersesuaian dengan keperluan murid. Guru memainkan peranan penting mengesan sebarang masalah komunikasi dalam kalangan muridnya. Guru perlu menjalankan ujian diagnostik bagi mengenalpasti tahap dan kebolehan murid untuk berkomunikasi. Pemantauan secara berterusan oleh guru terhadap perkembangan komunikasi murid bertujuan untuk mengetahui tahap murid dan mengenalpasti keperluan murid. Guru atau pakar terapi pertuturan akan melakukan program-program terapi secara bersistem dan berjadual. Justeru, data-data perkembangan pertuturan dan komunikasi murid sentiasa diperlukan. Guru juga perlu bersedia melakukan inovasi dan teknik memberi terapi kepada kanak-kanak bermasalah pertuturan yang memerlukan perhatian lebih bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran bertutur sedikit demi sedikit. Murid-murid bermasalah komunikasi dan pertuturan perlu dibantu.

Persekitaran murid-murid khas juga menjadi faktor penting yang membantu perkembangan mereka. Guru, ibubapa, dan masyarakat perlu memastikan murid-murid ini sentiasa bertutur dan melibatkan diri dalam pertuturan walaupun cara mereka bertutur itu tidak betul. Penyebaran maklumat mengenai terapi pertuturan dalam media massa seperti media cetak dan media elektronik membantu masyarakat amnya dan ibubapa khususnya yang mempunyai kanak-kanak bermasalah pertuturan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya membantu anak mereka sebelum terlambat. Seminar-seminar dan kursus-kursus diadakan bagi membantu ibubapa menimba ilmu tentang bagaimana masalah pertuturan anak mereka dapat diatasi.

TERAPI HIDRO - TERAPI RENANG

SEJARAH TERAPI HIDRO
• Berdasarkan sejarah, air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering.
• Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh dalam badan.
• Ketika sakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun.
• Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.
• Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan.
• Manakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.
• Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an.
• Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit


KEPENTINGAN TERAPI AIR
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untukmengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi danspiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

• Menghilangkan tekanan.
• Keupayaan berkomunikasi.
• Simulasi sistem otak
• Bina keyakinan diri.
• Kreativiti.
• Kawalan diri.
• Latihan Social skill
• Merangsang pertuturan.
• Melatih sikap bekerjasama.
• Meningkatkan kesabaran.
• Pengamatan.
• Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
• Manipulasi tangan dan jari-jemari.
• Daya konsentrasi.
• Pembentukan
• Peningkatan self-esteem.


PERALATAN DALAM HIDRO TERAPI
1. Kolam renang
2. Baby's swim pool playrafts
3. Aqua therapy relaxtion support rings
4. Junior swim collars
5. Rehad round body support
6. Therapy sets


KESIMPULAN
Terapi ini mampu membantu kanak-kanak khas yang melatih fizikal mereka bergerak dengan betul. Terutamanya pada kanak-kanak ’cerebral palsy’, semasa menjalani terapi hidro, mereka akan mendapat kebebasan bergerak di dalam air kerana kebanyakan diantara mereka terbatas pergerakannya di darat. Sebagai contoh, bagi kanak-kanak cerebaral palsy yang mempunyai masalah ketegangan otot kaki. Semasa berada di dalam air suhu air yang sesuai akan memabntu otot menjadi lembut. Rintangan yang diberikan oleh air juga akan menjadikan otot mereka lebih kuat. Mereka yang menjalani terapi hidro juga akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan beraa seronok menjalani terapi ini.Walaubagaimanapun, terapi ini memerlukan nasihat daripada pakar.
Tanpa nasihat daripada pakar, kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi lebih banyak lagi masalah teruatamanya jika teknik yang salah digunakan. Terdapat beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk menjalani terapi hidro iaitu seperti kolam renang dan jakuzi. Guru-guru perlulah mempunyai teknik yang betul sebelum membawa kanak-kanak khas ini menjalani terapi hidro. ’Eye contact’ amatlah penting antara guru dan murid supaya murid faham apa yang perlu mereka lakukan dan untuk mengelakkan mereka daripada hilang tumpuan.
Justeru, terapi hidro boleh dijadikan sebagai satu terapi berwajib bagi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai latihan berasaskan fizikal, mental, emosi, intelektual dan sosial supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik kelak.

TERAPI SNOEZELEN

DEFINISI
Snoezelen berasal bahasa belanda yakni snuffelen (to sniff) yang bermaksud aktif, eksplorasi. Doezelen (to doze) pula merujuk kepada pasif, relaksasi dan nyaman.
Snoezelen merupakan suatu aktiviti yang mempengaruhi sistem saraf pusat (SSP) melalui pemberian rangsangan yang cukup terhadap sensori primer pada penglihatan, pendengaran, sentuhan, pembauan, serta terhadap sensori internal tubuh pada sistem keseimbangan (vestibular) dan sensari sendi (proprioseptive) dengan maksud untuk memperoleh relaksasi atau aktiviti pada individu dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup (van dijk&wind,2001).
Bilik terapi Snoezelen yang dibina khas untuk meransang deria, yang telah dibuktikan melalui kaedah saintifik bahawa ianya membantu kanak-kanak istimewa ini bertindak balas dengan lebih baik kepada latihan dan terapi.


KEPENTINGAN
• Lebih tenang menggalakkan pernafasan bertambah baik.
• Suasana yang santai, menenangkan Snoezelen menyediakan situasi yang ideal untuk pembangunan hubungan terapeutik dan rangsangan deria.
• Memandangkan mereka mengalami kelonggaran yang mendalam tentang Snoezelen, orang yang mengalami ketegangan, kemurungan, atau kebimbangan boleh berehat dan membuka untuk membincangkan perasaan mereka.
• Memberikan kelegaan pada peskit yang akut dan kronik.
• Peralatan Snoezelen yang sama perlahan-lahan merangsang individu pasif juga boleh melegakan mereka yang terdedah kepada pergolakan. Pesakit yang telah mencapai kewaspadaan yang optimum adalah lebih berupaya untuk berhubungan dengan orang lain dan persekitaran mereka.
• Pakej terapi lengkap, menangani kedua-dua kecekapan motor kasar dan keperluan emosi, dengan matlamat menggerakkan setiap orang ke arah peringkat tertinggi yang mungkin berfungsi.
• Peluang untuk relak, eksplorasi dan ekspresi diri.
• Sebagai aktiviti bagi anak yang mengalami masalah tingkah laku dan gangguna emosi.
• Snoezellen dapat membangunkan dan membina kepercayaaan dan keyakinan pada diri sendiri.
• Mengurangkan rasa stress.


TEKNIK TERAPI SNOEZELEN
• Berbaring, bermain dan memeluk bantal.
• Menikmati berayun di kerusi gantung
• Mendengar muzik lebut dan berkhayal
• Bermain dengan tangga dan cermin
• Memerhatikan pola-pola lampu warna warni dan berkelip
• Memerhatikan gelembung warna bergerak-gerak
• Menyelam dalam kolam bola
• Melakukan relaksasi dengan tidur tiduran menggunakan selimut.


MASALAH PERLAKSANAAN
• Kos kewangan yang tinggi
• Kesukaran mendapatkan alatan
• Kos peralatan yang mahal
• Tempat yang besar dan luas
• Penyelenggaraan yang berjadual
• Kepakaran yang terhad.
• Pematuhan kepada jadual dan rutin aktiviti terapi.
• Kerjasama ibubapa , guru serta murid
• Tindakan susulan yang terhad.
• Tidak dapat diaplikasikan di rumah.


CADANGAN PENAMBAIKAN
• Sokongan dan kerjasama ibubapa dan pelbagai disiplin
• Mematuhi rutin dan jadual secara tetap
• Mendapatkan bantuan kewangan yang secukupnya.
• Mempelajari kepakaran daripada pakar-pakar yang berkaitan.
• Susun atur bilik yang kondusif


PENUTUP
Terapi ini sangat memberi kesan yang positif kepada pelbagai kategori murid-murid pendidikan khas. Keberkesanannya amat bergantung kepada sokongan dan kerjasama ibubapa dan ahli pelbagai disiplin dalam masyakarat. Pihak sekolah boleh memainkan peranan dalam penyediaan bilik terapi snoezelen ini sekiranya mendapat bantuan kewangan yang mencukupi . Kesanggupan ibu bapa dan guru meluangkan banyak masa akan memberikan manfaat kepada murid-murid bekeperluan khas.

KEKURANGAN TERAPI MUZIK

1. Terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya di mana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh kaunselor.

2. Kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang.

3. Klien memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien.

4. Tidak membantu sepenuhnya menghilangkan tekanan yang klien hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan.

5. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien.

6. Sesetengah orang tidak boleh terima terapi muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka.

7. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya.

8. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi dijalankan.

9. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi.

10. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan.

KEBAIKAN TERAPI MUZIK

Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:
1. Murid Terencat Akal
Meningkatkan kemahiran berkmunikasi.
Meningkatkan kemahiran akademik.
Meningkatkan kemahiran psikomotor.
Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi.
Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.
Meningkatkan kemahiran berseronok.

2. Murid Bermasalah Pembelajaran
Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.
Meningkatkan kemahiran akedemik.
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Meningkatkan kemahiran bermuzik.
Meningkatkan kemahiran berseronok.

3. Murid Bermasalah Kesihatan
Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.
Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot.
Intervensi menguatkan otot.
Intervensi mengawal pergerakan fizikal.
Menyediakan pengalaman berkomunikasi.
Meningkatkan penghargaan diri.
Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.

4. Murid Bermasalah Komunikasi
Meningkatkan kemahiran pernafasan.
Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.
Meningkatkan kemahiran artikulasi.
Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.
Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.
Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.
Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

5. Murid Autistik
Menghasilkan komunikasi.
Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.
Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.
Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.
Meningkatkan kemahiran kognitif.

6. Nyanyian Lagu Kanak-Kanak
- Melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyi dengan iringan muzik.
- Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.


KEBAIKAN LAIN
- Berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang.
- Melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku.
- Klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
- Memperkukuhkan juga kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal.
- Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
- Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi.
- Berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
- Meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.

Friday, 28 February 2014

TERAPI MUZIK

Bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyi daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni.

Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan). Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.

Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang”.

Matlamat Terapi Muzik
1. Memulihkan kekuatan fizikal
2. Menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
3. Memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
4. Memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran

Objektif Terapi Muzik
1. Pengurusan tingkah laku
2. Tingkatkan penglahiran perasaan
3. Tingkatkan harga diri
4. Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
5. Kembangkan emosi
6. Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
7. Latih pertuturan

Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan
Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.
Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.
Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.
Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.
Muzik merupakan sumber epada keseronokan.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya.

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

DEFINISI PERGERAKAN KREATIF
* Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.
* Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

ASPEK PERGERAKAN KREATIF
a) Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Contoh pergerakan lokomotor
i) berjalan
ii) melompat
iii) merangkak

b) Bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.

Contoh pergerakan bukan lokomotor
i) berlari setempat
ii) melompat setempat
iii) imbangan bangau

c) Manipulasi alatan
Manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek.

Contoh manipulasi alatan
i) melantun bola ambil berjalan
ii) memusingkan gelung dengan tangan
iii) skipping sambil berjalan


TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran

Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.


KEPENTINGAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF
· Meningkatkan kecerdasan
· Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
· Meningkatkan kemahiran bertutur
· Meninkatkan kreativiti
 

(c)2009 Special Kids Need Special Education. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger