Bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan emosi dan tekanan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.
SEJARAH TERAPI SENI
Wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya adalah sejak kurun kemunculan manusia dari zaman dahulu kala zaman pra-sejarah dengan imej haiwan di gua-gua, simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat Mesir serta lukisan-lukisan erotik yang wujud pada zaman roman dan corak-corak dekor yang diguna pakai pada baju-baju besi pahlawan Gladiator sebagai perlindungan
KEPENTINGAN TERAPI SENI
- Menyelesaikan konflik emosi
- Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
- Membina kesedaran sosial
- Mengubah tingkah laku
- Membina strategi penyelesaian masalah
- Meningkatkan kemahiran penguasaan hidu
KEPENTINGAN TERAPI SENI KEPADA MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN
- Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
- Meluahkan perasaan
- Menguatkan daya imaginasi
- Menguatkan motor kasar dan motor halus
CARA PELAKSANAAN TERAPI SENI
Kegiatan dalam Bidang Mengambar
1. LUKISAN
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.
2. CATAN
Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).
3. KOLAJ
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
4. MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain.
Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photographydigunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
5. CETAKAN
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
6. GOSOKAN
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
Pelbagai teknik gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna atau monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas.
7. RESIS
Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau diwarnakan. Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.
8. GURISAN
Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar gambar di atasnya.
9. PERCIKAN
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.
10. MOZEK
Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.
11. STENSILAN
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
0 comments:
Post a Comment