Aktiviti Terapi

TERAPI FISIOLOGI (YAYASAN SULTAN AZLAN SHAH, IPOH)



Lawatan ini dijalankan bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana terapi fisiologi itu diijalankan ke atas klien. Hasil lawatan ini, kami dapat lihat bagaimana klien yang mengalami lumpuh menjalani terapi untuk memulihkan pergerakan anggota badan mereka. Selain daripada klien yang lumpuh, terdapat jugak kanak-kanak seperti down syndrome yang menjalani terapi di sini untuk menguatkan motor kasar dan motor halus mereka.



TERAPI SNOEZELEN (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM)

 


Terapi Snoezelen telah dilaksanakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dapat dilihat kelengkapan yang dimiliki setaraf dengan antarabangsa.
Di sini, kami berpeluang untuk merasa sendiri suasana di dalam bilik Snoezelen dan tidak dinafikan suasana tersebut sangat menenangkan apatah lagi bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Selain itu, kami juga berpeluang untuk melihat demonstrasi bagaimana terapi ini dijalankan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Terapi ini jelas mampu memberikan rangsangan terhadap deria-deria mereka seperti deria sentuh, deria pendengaran, deria bau, dan deria penglihatan.

1 comments:

Unknown said...

sy berminat utk attend kursus2 terapi..blh share bgmn cara or blh bg contact

Post a Comment

 

(c)2009 Special Kids Need Special Education. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger