DEFINISI TERAPI AROMA
Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan. Terapi aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptom-simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental
KONSEP TERAPI AROMA
• Cara rawatan penyakit menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-bungaan.
• Penggunaan minyak wangi atau bau-bauan semasa rawatan
• Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.
• Menggunakan aroma( bau) untuk merangsang bahagian-bahagian otak.
• Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung.
• Rangsangan bau mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan
SEJARAH TERAPI AROMA
Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.
Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.
JENIS-JENIS TERAPI AROMA
1. Aroma Terapi Klinik
• Menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya.
• Dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi
2. Aroma Terapi Holistik
• Penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga
3. Aroma Terapi Estetik (kecantikan)
• Didigunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
• Biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih
• Contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit
KEGUNAAN TERAPI AROMA
1. Kanak-kanak
Menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif
Kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka
2. Autisme
Membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri.
Membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira
Kehidupan Seharian
Membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
Untuk melegakan sistem pencernaan
Untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
Menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik
Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah:
• Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
• Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
• Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
• Lembam / Slow Learner
• Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
• Sindrom Down / Down Syndrome
• Serebral palsi / Cerebral Palsy
JENIS BAU-BAUAN YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI AROMA
1. Lavender
Berfungsi untuk menghilangkan stress
Mengawal emosi yang tidak stabil
2. Jasmin
Dapat menghilangkan stress
3. Ros
Dapat menenangkan emosi
4. Blossom
Dapat meningkatkan tumpuan
Dapat mengurangkan sakit kepala
KEPENTINGAN TERAPI AROMA
• Meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan
• Merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana yang tenang
• Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
• Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru atau ibu bapa
• Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
• Meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD
• Mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
• Menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum
PENUTUP
Kesimpulannya, terapi aroma ini banyak memberi manfaat dan kebaikan terutamanya kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam memperbaiki kualiti hidup dari segi mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan murid-murid dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah ataupun dalam aktiviti seharian mereka di rumah.
0 comments:
Post a Comment