KONSEP DAN DEFINISI TERAPI PASIR
• Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang.
• Terapi pasir tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membeban kanak-kanak itu.
• Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan.
• Terapi pasir juga memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu serta membina konsep diri yang positif secara semulajadi.
• Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung.
• Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
• Terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir tadi.
• Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya.
• Kanak-kanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir.
• Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir.
• Terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.
KEPENTINGAN TERAPI PASIR:
Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.
Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran murid
Mengurangkan tekanan emosi
Membantu meningkatkan kemahiran social
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.
BAHAN/ ALATAN BAGI MENJALANKAN TERAPI PASIR
Pasir yang bersih
Air (digaulkan dengan garam)
Garam
4 sudu garam halus
Besen besar
Mangkuk plastik ( untuk isi garam)
Apron / t – shirt lama
PELAKSANAAN TERAPI PASIR
Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan:
Fasa sebelum sesi
o Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan persediaan kanak-kanak.
o Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.
o Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas
o Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan.
o Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai.
o Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina.
o Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.
Fasa semasa:
o Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan.
o Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang menyusun objek di dalam bekas pasir.
o Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu.
o Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.
o Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat.
o Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; “persahabatan”. Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: “Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini?” atau : “Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?”.
Selepas Terapi:
o Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak.
o Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada pakar terapi.
o Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan.
o Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan.
o Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.
MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PASIR
Penggunaan Pasir
o Pasir yang digunakan tidak boleh menggunakan pasir yang telah dipakai.
o Hal ini kerana pakai yang telah dipakai kotor dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria kepada kanak-kanak.
Memerlukan Kaunselor
o Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi kanak-kanak.
Keselamatan Semasa Menggunakan Pasir
o Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar daripada benda-benda tajam.
o Dikhuatiri juga pasir yang digunakan daripada pasir yang kotor yang mempunyai sisa makanan, sampah sarap dan juga najis binatang.
CADANGAN PELAKSANAAN TERAPI PASIR
• Pasir yang diguna diletakkan di dalam bekas kayu yang telah dibina seperti segi empat.
• Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir mestilah bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar pada waktu tersebut dan tidak membahayakan murid-murid.
• Pasir yang digunakan mestilah halus dan tidak mencederakan murid-murid.
• Sekiranya murid-murid membuat lukisan atau binaan di atas pasir, guru perlu menyoal murid-murid tentang lukisan atau binaan tersebut supaya murid-murid dapat meluahkan perasaan, berkomunikasi serta menyampaikan idea dan pandangan mereka.
0 comments:
Post a Comment