Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.
Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan). Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.
Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang”.
Matlamat Terapi Muzik
1. Memulihkan kekuatan fizikal
2. Menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
3. Memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
4. Memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran
Objektif Terapi Muzik
1. Pengurusan tingkah laku
2. Tingkatkan penglahiran perasaan
3. Tingkatkan harga diri
4. Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
5. Kembangkan emosi
6. Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
7. Latih pertuturan
Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan
Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.
Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.
Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.
Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.
Muzik merupakan sumber epada keseronokan.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya.