Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.
KONSEP TERAPI MAIN
· Melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
· Ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
· Kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing
TUJUAN TERAPI MAIN
· Mengurangkan masalah tingkah laku
· Meningkatkan komunikasi
· Mempu menilai diri sendiri
· Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
· Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
· Membolehkan melahirkan masalah
· Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
· Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak – kanak
· Mendorong kanak – kanak untuk lebih aktif
· Membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
· Mendapat sokongan emosi
· Belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka
· Belajar mengurus perhubungan
PROSES TERAPI MAIN
Tahap satu : Rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : Luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : Penerokaan peristiwa
Tahap empat : Bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih
KATEGORI MAINAN
a)Mainan mencirikan kehidupan sebenar
- set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
- set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon
b)Mainan bercirikan luahan perasaan agresif
- gari
- penukul
- peralatan militari
- topeng
c)Mainan bercirikan luahan perasaan kreatif
- crayon
- playdoh
- kad
- boneka bekas air
0 comments:
Post a Comment